Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling
Antara jenis-jenis perkhidmatan yang terkandung dalam bimbingan kaunseling ialah:
1. Perkhidmatan kaunseling individu dan rekod
- Menegndalikan fail bimbingan bagi setiap murid
- Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat murid-murid.
- Mengawasi corak kehadiran murid-murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan dan
kaunseling
- Menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod murid-murid.
- Menjalankan kaji selidik dan membuat tafsiran tentang murid-murid jika perlu.
2. Perkhidmatan kaunseling kelompok
- Merancang dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif afektif,psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama.
- Mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin pelajaran, sosial, dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari masa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian.
- Memberikan motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan.
3. Perkhidmatan Memberi Maklumat
- Mengendalikan lawatan kerjaya ke kilang-kilang.
- Memberikan maklumat kerjaya kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
- Mengelolakan program pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah.
- Memberikan penerangan tentang cra mengisi borang pemohonan pekerjaan.
- Menambah dan mengemas kini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan,pelajaran, sosial, dan peribadi.
4. Perkhidmatan Kaunseling
- Perkhimatan ini boleh dilakukan secara individu atau kelompok tentang perkara :
a) Pencapaian akademik yang kurang memuaskan
b) Rujukan yang dibuat oleh guru-guru dan ibu bapa
c) Aspek peribadi dan kerjaya
d) Ketidakhadiran untuk kegistsn kerjaya
e) Masalah-masalah disiplin seperti lewat ke sekolah dan buli.
- Kaunseling keluarga boleh diadakan jika perlu untuk memahami masalah murid-murid serta mandapatkan kerjasama daripada ibu bapa.
- Kaunseling tunjuk ajar seperti guru bimbingan mengadakan kelas untuk mengajarkan perkara-perkara seperti penilaian kendiri, penjelasan nilai-nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadpai masalah, membuat keputusan, cara mengelak dari dibuli,menangani stress dan cara-cara mengelakkan diri daripada penyalahgunaan dadah.
5. Perkhidmatan Penempatan
- Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuan mereka.
- Penempatan murid ke sekolah menengah :
a) Menjadi penyelaras menempatkan murid-murid ke sekolah menengah yang berdekatan atau sekolah menengah pilihan murid.
b) Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dengan membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah rendah.
6. Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
- Mengadakan bimbinagn individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dahah.
- Memberikan pertolongan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam persekolahan selepas tamat pemulihan
- Memberikan bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam persekolahan selepas tamat pemulihan.
7. Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
- Menolong murid lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya jika perlu.
- Menolong ibu bapa murid dalam hal kebajikan murid-murid.
- Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah.
8. Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa
- Menghubungi ibu bapa apabila kemajuan murid-murid tidak memuaskan.
- Menjadi penyelaras program orientasi unutk murid-murid dan ibu bapa.
- Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin dalam kalangan murid.
9. Perkhidmatan penilaian
- Menilai program bimbinagn di sekolah dengan tujuan meningkakan mutunya.
- Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah.
- Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan.
Comments
Post a Comment