Konsep bimbingan kaunseling
guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.
# Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan.
1 - Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social.
2 - Di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.
3 - Proses membantu individu atau kumpulan dan tidak memaksa seseorang mengikut arah yang tertentumelainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai.
# Mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
# Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.
Berdasarkan huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbingan adalah saling berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G.S. Belkin dalam bukunya Practical Counseling in the Schools, beliau menulis :
“bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.”
Kesimpulan
- Kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.
Comments
Post a Comment