Berkenaan Id,ego,super ego
- Id -
Ia merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa mempedulikan tentang realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logikal. Matlamatnya hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata. Ia tidak pernah matang walaupun umur seseorang itu telah lanjut. Dalam usaha id untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan kesakitan, ia telah menggunakan dua cara utama iaitu :
1. Gerakan pantulan - Ia berkaitan dengan tindakan yang tidak disengajakan dan berhubung dengan sistem saraf.
2. Sistem primer - Proses ini merupakan proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan dengan membayangkan objek yang dikehendaki.
- Ego -
Bertindak sebagai kuasa eksekutif bagi mengawal personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran. Ego bertindak berdasarkan kepada realiti. Dengan itu, segala tindak tanduk yang dilakukan adalah setelah membuat pertimbangan mengikut realiti yang wujud pada ketika itu. Ego juga dapat menghasilkan pemikiran yang logik dan rasional untuk merancang serta melaksanakann segala tindakan bagi mengurangkan ketegangan dan kerisauan. Ia juga mempunyai kawalan terhadap personaliti.
- Superego -
Ia lebih bersifat sosial dan bermoral. Ia bertanggungjawab terhadap sesuatu sama ada baik atau buruk, betul atau salah. Superego bertindak untuk menyekat ego daripada mematuhi sebarang tindakan id. Superego berfungsi sebagai hakim bagi menentukan ganjaran dan dendam. Fungsi utamanya ialahh untuk menyekat desakan-desakan id terutamanya berkaitan dengan seks. Ia juga berfungsi bagi menggantikan matlamat realistik dengan tujuan moral di samping berusaha ke arah kesempurnaan kendiri. Superego mempunyai dua sistem iaitu hati nurani yang menunjukkan pembentukan superego hasil daripada dendaan atau hukuman.
Comments
Post a Comment