Berkenaan teori

Psikoanalitik

1. Teori Psikoanalitik

- Teori ini telah dipelopori oleh seorang tokoh yang bernama Sigmund Freud.

- Konsep utama (Pandangan terapi psikoanalitik terhadap kejadian sifat manusia)

     Pada umunya didapati bahawa pendekatan psikoanalitik telah melihat manusia sebagai individu yang telah ditentukan masa depannya. Kenyataan ini telah disokong oleh beberapa orang tokoh terkenal.Antaranya amir Awang (1987) yang menyatakan bahawa pendekatan ini telah meletakkan manusia itu lahir bersama-sama dengan naluri-naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya telah ditentukan sejak awal-awal lagi oleh naluri-naluri tersebut. Naluri ini akan mempengaruhi tingkah laku yang tidak logik dan tidak rasional.

Prinsip Utama Tingkah Laku Manusia

1. Prinsip keseronokan
2. Prinsip realiti
3. Prinsip mengurangkan ketegangan
4. Prinsip poraliti
5. Prinsip pengulangan aktiviti
6. Alam sedar, prasedar dan tidak sedar

- Alam sedar

Bahagian iceberg yang timbul paling atas dikenali sebagai tahap sedar. Pada tahap ini, ia merangkumi perkara-perkara yang kita sedari pada satu masa tertentu. Pada pendapat Freud, manusia sememangnya menyedari dan mengetahui apa-apa peristiwa yang berlaku dan telah berlaku di persekitarannya.

- Alam prasedar

Manusia tidak sesungguhnya tidak menyedari dan tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya kecuali ia diberi perhatian secara sedar terhadap apa yang berlaku. Kedudukan ini dianggap sebagai peringkat monitoring dan bukan peringkat seseorang itu memberi perhatian dengan sepenuhnya.

- Alam tidak sedar

Pada tahap ini, seseorang individu sememangnya tidak sedar langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Sebagai contohnya perubahan-perubahan emosi kita yang disebabkan sesuatu perkara. Kita juga tidak sedar perjalanan darah dalam tubuh badan kita dan sistem saraf. Bagi Freud, keadaan ini dipanggil sebagai alam tidak sedar dan dalam analogi ini, ia terletak pada bahagian iceberg di bawah permukaan air.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling

Konsep bimbingan kaunseling

Kemahiran asas dalam bidang kaunseling