Definisi bimbingan kaunseling
Pengertian kaunseling
Mengikut Jones :
Bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik serta menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya.
Mengikut Mathewson :
Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan,
Pengertian Kaunseling
Kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan peribadi mereka sendiri.
Definisi yang lebih khusus adalah seperti yang berikut.
Kaunseling ialah :
- Suatu proses apabila seseorang yang terganggu (iaitu klien) ditolong merasa dan bertingkah laku dengan cara yang lebih memuaskan daripada segi peribadi dengan cara berinteraksi dengan orang yang tidak terlibat (iaitu kaunselor) yang memberikan maklumat dan reaksi untuk merangsangkan klien mengembangkan tingkah laku agar membolehkannya menghadapi dirinya dan persekitarannya dengan lebih berkesan lagi
Comments
Post a Comment