Etika dalam bimbingan kaunseling


Etika kaunseling

Etika yang perlu ada dalam bimbingan kaunseling terbahagi kepada tujuh iaitu :

1. Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan kereka, juga dibimbing untuk mencari data.

2. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.

3. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.

4. Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain.

5. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh orang lain.

6. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuannya.

7. Apabila kaunselor  mendapat maklumat untuk awam, dia mesti memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah, objektif dan data yang nyata.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling

Konsep bimbingan kaunseling

Kemahiran asas dalam bidang kaunseling