Matlamat bimbingan kaunseling


Matalamat dalam bimbingan kaunseling yang utama ialah:

1- Memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri.

2- Bukan sebagai sesuatu sesi digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan kaunselor.

3- Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikirkan penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilh untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.

4- Memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling

Konsep bimbingan kaunseling

Kemahiran asas dalam bidang kaunseling