Prinsip bimbingan kaunseling

Prinsip-prinsip bimbingan kaunseling

1. Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.

4. Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan perhubungan mesra dan kepercayaan.

5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.

6. Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam
    bilik yang disediakan khas.

7. Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara
    hak pelajar. 

8. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.

9. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian diantara kaunselor dan pelajar sahaja. 

10. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling

Konsep bimbingan kaunseling

Kemahiran asas dalam bidang kaunseling