Antara jenis-jenis perkhidmatan yang terkandung dalam bimbingan kaunseling ialah: 1. Perkhidmatan kaunseling individu dan rekod - Menegndalikan fail bimbingan bagi setiap murid - Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat murid-murid. - Mengawasi corak kehadiran murid-murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan dan kaunseling - Menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod murid-murid. - Menjalankan kaji selidik dan membuat tafsiran tentang murid-murid jika perlu. 2. Perkhidmatan kaunseling kelompok - Merancang dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif afektif,psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama. - Mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin pelajaran, sosial, dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari masa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesua...