Posts

Showing posts from July, 2018

Rumusan

Sebagai kaunselor /guru/ sahabat atau ibu bapa yang mengerti dan memahami tentang kaunseling, kita mestilah membantu seseorang yang memerlukan khidmat nasihat daripada kita dari aspek rohani,intelek,fizikal dan sosial supaya ia tidak merasakan dirinya tiada siapa yang ingin mendengar masalah mereka dan mereka rasa disayangi

Kemahiran asas dalam bidang kaunseling

1.Kemahiran membina hubungan - Hendaklah menguasai kesemua kemahiran yang berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang baik dengan kliennya, demi menentukan kejayaan kaunseling yang diaturkan. Akan tetapi, dalam proses membina hubungan ini tidak boleh wujud dengan cara paksaan. -  Menjalin hubungan dengan menggunakan teknik yang sesuai di mana seseorang kaunselor itu dapat memberi keyakinan untuk menyakinkan kliennya. -  Boleh melihat dari segi kemesraan perhubungan dalam pertemuan, tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan klien sepenuhnya tanpa syarat dan seterusnya klien akan memberitahu masalahnya tanpa keraguan. 2.kemahiran memberi perhatian - Kaunselor perlu berusaha memahami tanda yang ditonjolkan. Misalnya, Seseorang itu duduk berseorangan dan mendiamkan diri walaupun rakan-rakannya bercakap atau menanyanya soalan. Ini menunjukkan bahawa dia sedang marah dan menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Manakala seseorang itu senyum menunjukkan gembira, suka hati ...

Etika dalam bimbingan kaunseling

Etika kaunseling Etika yang perlu ada dalam bimbingan kaunseling terbahagi kepada tujuh iaitu : 1. Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan kereka, juga dibimbing untuk mencari data. 2. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan. 3. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lai...

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling

Antara jenis-jenis perkhidmatan yang terkandung dalam bimbingan kaunseling ialah: 1. Perkhidmatan kaunseling individu dan rekod - Menegndalikan fail bimbingan bagi setiap murid - Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat murid-murid. - Mengawasi corak kehadiran murid-murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan dan    kaunseling - Menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod murid-murid. - Menjalankan kaji selidik dan membuat tafsiran tentang murid-murid jika perlu. 2. Perkhidmatan kaunseling kelompok - Merancang dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif afektif,psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama. - Mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin pelajaran, sosial, dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari masa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesua...

Berkenaan Id,ego,super ego

- Id - Ia merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa mempedulikan tentang realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logikal. Matlamatnya hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata. Ia tidak pernah matang walaupun umur seseorang itu telah lanjut. Dalam usaha id untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan kesakitan, ia telah menggunakan dua cara utama iaitu : 1. Gerakan pantulan - Ia berkaitan dengan tindakan yang tidak disengajakan dan berhubung dengan sistem saraf. 2.   Sistem primer - Proses ini merupakan proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan dengan membayangkan objek yang dikehendaki. - Ego - Bertindak sebagai kuasa eksekutif bagi mengawal personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran. Ego bertindak berdasarkan kepada realiti. Dengan itu, segala tindak tanduk yang dilakukan adalah setelah membuat pertimbangan mengikut realiti yang wujud pada ketika...

Berkenaan teori

Psikoanalitik 1. Teori Psikoanalitik - Teori ini telah dipelopori oleh seorang tokoh yang bernama Sigmund Freud. - Konsep utama (Pandangan terapi psikoanalitik terhadap kejadian sifat manusia)      Pada umunya didapati bahawa pendekatan psikoanalitik telah melihat manusia sebagai individu yang telah ditentukan masa depannya. Kenyataan ini telah disokong oleh beberapa orang tokoh terkenal.Antaranya amir Awang (1987) yang menyatakan bahawa pendekatan ini telah meletakkan manusia itu lahir bersama-sama dengan naluri-naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya telah ditentukan sejak awal-awal lagi oleh naluri-naluri tersebut. Naluri ini akan mempengaruhi tingkah laku yang tidak logik dan tidak rasional. Prinsip Utama Tingkah Laku Manusia 1. Prinsip keseronokan 2. Prinsip realiti 3. Prinsip mengurangkan ketegangan 4. Prinsip poraliti 5. Prinsip pengulangan aktiviti 6. Alam sedar, prasedar dan tidak sedar - Alam sedar Bahagian iceberg yang timbul paling a...

Kepentingan bimbingan kaunseling

Kepentingan berkepentingan yang perlu ada dalam bimbingan kaunseling ialah: 1 - Bimbingan dan Kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. 2 - Membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri.  3 - Membantu murid-murid dalam menerokai pengalaman mereka terhadap persekitaran dan dunia di sekeliling mereka. 4 - Dapat mengubah tingkah laku mereka dan dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum. 5 - Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai kemampuan kendiri dan sosial yang lebih efisien.

Prinsip bimbingan kaunseling

Prinsip-prinsip bimbingan kaunseling 1. Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya. 2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan. 3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur. 4. Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan perhubungan mesra dan kepercayaan. 5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih temp...

Matlamat bimbingan kaunseling

Matalamat dalam bimbingan kaunseling yang utama ialah: 1- Memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri. 2- Bukan sebagai sesuatu sesi digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan kaunselor. 3- Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikirkan penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilh untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya. 4- Memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahira...

Tujuan bimbingan dan kaunseling

Antara tujuan bimbingan kaunseling ialah : 1.    Menolong mengubah tingkah laku klien. 2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.  3.   Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya.  Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain.  Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.  Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubung...

Konsep bimbingan kaunseling

guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. # Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan. 1 - Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social.  2 - Di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. 3 - Proses membantu individu atau kumpulan dan tidak memaksa seseorang mengikut arah yang tertentumelainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai. # Mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. # Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan us...

Definisi bimbingan kaunseling

Pengertian kaunseling Mengikut Jones : Bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik serta menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya. Mengikut Mathewson : Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, Pengertian Kaunseling  Kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan peribadi mereka sendiri. Definisi yang lebih khusus adalah seperti yang berikut. Kaunsel...